Nur Fatin and Mohd Helmi's FotoPage

By: Nur Fatin and Mohd Helmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-May-2008 17:49 Email | Share | Bookmark
Rahsia & Khasiat Tauge...

 
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.

Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
======================================================================
Salam dan selamat sejahtera all..
sorry Fatin tak dan nak update fp.. its been a while.. anyway.. baru lepas baca fwd email yg Abg send.. pasal tauge.. so saja la Fatin post here.. sambil2 nak share satu resepi baru Fatin belajar from Mak (MIL Fatin).

Kerabu Sotong
Bahan2:
sotong (bole ganti dgn udang or kerang)
bawang besar (mayang halus2)
tauge (dah diselur dlm air mendidih)
kerisik
sambal belacan
santan
garam n gula secukup rase

Cara2:
1. Panaskan dan masak sotong atas api sederhana. (jgn ditambah air dan kacau2)
2. Gaulkan semua bahan2
3. Taraaaa... sedia untuk dimakan.

note: kalu buat utk mkn lunch n dinner.. bhgn dinner simpan dlm fridge sbb santan kan.. Fatin mix carrot dlm kerabu arituh..

senang dan berkhasiat.. cuba lah! keluarga Abg Helmi suka mkn nih ngna lauk ikan masak Tok Nab (nenek Abg Helmi.. nanti Fatin share lak resepi ikan nih pulak ye.. )



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net